fbpx

BAYI KUNING: KETAHUI PUNCA DAN CARA RAWATAN YANG BETUL

Kuning pada bayi sudah dianggap satu kebiasaan Ketika baru lahir di masa ini.

Kuning pada bayi baru lahir, pasti ramai ibu bapa yang menghadapi masalah ini pada bayi mereka ketika baru lahir.

Bagaimanapun, tahukah anda ia mungkin boleh menyebabkan keadaan lebih memudaratkan, malah mungkin mendatangkan risiko lain kepada bayi terbabit?

Perunding Pediatrik dan Pakar Laktasi Pusat Rawatan Pakar Kanak-kanak Johor Bahru Dr Hairin Anisa Tajuddin berkata, penyakit kuning atau jaundis neonatal biasanya menyerang bayi pada minggu pertama kelahirannya.

 

Menurutnya, ini disebabkan sel darah merah bayi yang mengandungi fetal hemoglobin (HbF) mengalami pemecahan secara semula jadi iaitu hemolisis. Pemecahan ini mengeluarkan pigmen berwarna kuning yang dipanggil bilirubin.

.

Katanya, HbF dihasilkan dan diperlukan bayi ketika dalam kandungan ibu. Selepas dilahirkan HbF tidak lagi diperlukan dan diganti dengan hemoglobin A (HbA) atau hemoglobin dewasa yang berfungsi membawa dan melepaskan oksigen dengan lebih baik berbanding HbF.

.

“HbF yang asalnya daripada kandungan ibu ini perlu dipecahkan, jadi ke mana proses atau pemecahan ini berlaku? Proses ini dipanggil metabolisme bilirubin.

.

“Proses metabolisme bilirubin seterusnya berlaku dalam hati dan disimpan sebagai garam hempedu di dalam pundi hempedu lalu dibuang melalui najis.” Katanya di dalam petikan harian metro.

.

Apabila bayi kurang menyusu maka kurang lemak yang masuk dalam badannya. Akhirnya bilirubin tidak dapat dibuang melalui najis dan menyebabkan jaundis bertambah teruk.

Rawatan Fototerapi

Apabila bilirubin tidak dapat di buang maka rawatan fototerapi akan digunakan bergantung kepada paras bilirubin dalam darah mengikut carta yang disediakan.

.

Fototerapi bertujuan meningkatkan pembuangan bilirubin daripada darah. Rawatan ini ternyata berkesan sebagai cara menurunkan kuning pada bayi dan rawatan ini adalah secara klinikal dan telah dikaji keberkesanannya.

Photo Light Therapy Bilitreat
Berulang-alik ke hospital dan melihat darah anak diambil setiap hari adalah waktu yang amat menyeksakan.

Ini kerana dalam tempoh berpantang, si ibu seharusnya berada di atas katil sambil ditemani si kecil dan suami tersayang.

.

Itu belum termasuk bacaan bilirubin yang tinggi sehingga memaksa si kecil ditempatkan di wad. Masalah covid juga menjadikan keadaan tidak selamat untuk bayi ditempatkan di wad. Sudah pasti tekanan emosi dirasai si ibu sehingga menyebabkan penghasilan susu turut terjejas sedangkan dalam tempoh ini pentingnya bayi diberikan susu ibu sekerap mungkin bagi meredakan demam kuningnya

Perkhidmatan Sewa Lampu Fototerapi

Oleh sebab itu kami di Bilitreat Home Phototherapy telah menyediakan perkhidmatan sewa Lampu Fototerapi terus di rumah anda.

.

Berikut adalah diantara pakej-pakej yang disediakan untuk menyewa Lampu Fototerapi untuk bayi anda. HUBUNGI atau TEMPAH SEKARANG dan anda akan berurusan terus dengan perunding kami.

2 Days 1 Night

24 Hours
RM 200
  • Phototherapy Devices
  • Silicon Eye Band (RM20 FREE)
  • Free Delivery (KL & Selangor)

3 Days 2 Night

48 Hours
RM 300
  • Phototherapy Devices
  • Silicon Eye Band (RM20 FREE)
  • Free Delivery (KL & Selangor)
Recommended

4 Days 3 Night

72 Hours
RM 400
  • Phototherapy Devices
  • Silicon Eye Band (RM20 FREE)
  • Free Delivery (KL & Selangor)

Keberkesanan rawatan Lampu Fototerapi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Scroll to Top