Kuning Bayi
Kuning bayi sudah dianggap satu kebiasaan ketika baru lahir di masa ini.
Kuning pada bayi baru lahir, pasti ramai ibu bapa yang menghadapi masalah ini pada bayi mereka ketika baru lahir.
Bagaimanapun, tahukah anda ia mungkin boleh menyebabkan keadaan lebih memudaratkan, malah mungkin mendatangkan risiko lain kepada bayi jika bacaan kuning bayi tinggi.
Perunding Pediatrik dan Pakar Laktasi Pusat Rawatan Pakar Kanak-kanak Johor Bahru berkata, penyakit kuning atau jaundis neonatal biasanya menyerang bayi pada minggu pertama kelahirannya.
Menurutnya, kuning bayi ini disebabkan sel darah merah bayi yang mengandungi fetal hemoglobin (HbF) mengalami pemecahan secara semula jadi iaitu hemolisis. Pemecahan ini mengeluarkan pigmen berwarna kuning yang dipanggil bilirubin.
Katanya, HbF dihasilkan dan diperlukan bayi ketika dalam kandungan ibu. Selepas dilahirkan HbF tidak lagi diperlukan dan diganti dengan hemoglobin A (HbA) atau hemoglobin dewasa yang berfungsi membawa dan melepaskan oksigen dengan lebih baik berbanding HbF.
“HbF yang asalnya daripada kandungan ibu ini perlu dipecahkan, jadi ke mana proses atau pemecahan ini berlaku? Proses ini dipanggil metabolisme bilirubin.
.
“Proses metabolisme bilirubin seterusnya berlaku dalam hati dan disimpan sebagai garam hempedu di dalam pundi hempedu lalu dibuang melalui najis.” Katanya di dalam petikan harian metro.
Apabila bayi kurang menyusu maka kurang lemak yang masuk dalam badannya. Akhirnya bilirubin tidak dapat dibuang melalui najis dan menyebabkan bacaan kuning bayi bertambah teruk.
Berulang-alik ke hospital dan melihat darah anak diambil setiap hari adalah waktu yang amat menyeksakan.
Ini kerana dalam tempoh berpantang, si ibu seharusnya berada di atas katil sambil ditemani si kecil dan suami tersayang.
.
Itu belum termasuk bacaan kuning bayi yang tinggi sehingga memaksa si kecil ditempatkan di wad. Masalah covid juga menjadikan keadaan tidak selamat untuk bayi ditempatkan di wad. Sudah pasti tekanan emosi dirasai si ibu sehingga menyebabkan penghasilan susu turut terjejas sedangkan dalam tempoh ini pentingnya bayi diberikan susu ibu sekerap mungkin bagi meredakan demam kuningnya
Rawatan Fototerapi Bayi Kuning
Apabila bilirubin tidak dapat di buang maka rawatan fototerapi akan digunakan bergantung kepada paras bilirubin dalam darah Mengikut Carta Yang Disediakan.
Fototerapi bertujuan meningkatkan pembuangan bilirubin daripada darah. Rawatan ini ternyata berkesan sebagai cara menurunkan bacaan kuning bayi dan rawatan ini adalah secara klinikal dan telah dikaji keberkesanannya.
Perkhidmatan Sewa Lampu Fototerapi
Oleh sebab itu kami di Bilitreat Home Phototherapy telah menyediakan perkhidmatan sewa Lampu Fototerapi terus di rumah anda.
Berikut adalah diantara pakej-pakej yang disediakan untuk menyewa Lampu Fototerapi untuk bayi anda. HUBUNGI atau TEMPAH SEKARANG dan anda akan berurusan terus dengan perunding kami.
2 Days 1 Night
24 Hours-
Phototherapy Devices
-
Silicon Eye Band (RM20 FREE)
-
Free Delivery
3 Days 2 Night
48 Hours-
Phototherapy Devices
-
Silicon Eye Band (RM20 FREE)
-
Free Delivery
4 Days 3 Night
72 Hours-
Phototherapy Devices
-
Silicon Eye Band (RM20 FREE)
-
Free Delivery