Anak Sulung Dulu Prolonged Jaundice — Kali Ni Saya Tak Nak Ulang Silap Yang Sama

Kisah seorang ibu di Meru yang belajar dari pengalaman, dan pilih untuk bertindak awal.

 

 

Ada sesetengah pengalaman yang kita tak nak ulang dua kali. Bagi mommy ni, jaundice berpanjangan pada anak sulung adalah salah satunya.

 

 

KALI PERTAMA YANG MENGAJAR

 

Anak sulung dia dulu kena prolonged jaundice — jenis yang lambat nak turun tu. Ulang-alik klinik, tunggu bacaan drop, minggu demi minggu. Setiap kali pandang muka anak yang masih kuning, hati risau. Bukan senang nak lalui, dan bukan senang nak lupa.

 

So bila dia dapat tahu anak kedua pun mula kuning, memori tu datang balik.

 

 

BILA ANAK KEDUA MULA KUNING

 

Baby baru usia 4 hari. Bacaan kuning 152. Cukup bulan, takde risk factor macam ketidakserasian darah atau G6PD.

 

Bagi parents lain, angka tu mungkin tak bermakna apa-apa. Tapi bagi dia, dia dah tahu ke mana arah tuju kalau dibiar. So kali ni, dia tak main tunggu.

 

Logik dia simple je: lagi awal treat, lagi senang. Bagi naik dulu sampai 200 lebih, memang lagi susah nak turunkan. Dia tak nak ulang episode prolonged tu sekali lagi.

 

 

RAWATAN SAMPAI KE RUMAH

 

Selasa pagi, tim Bilitreat hantar lampu fototerapi terus ke rumah dia kat Meru, sampai around 9 pagi. Sebelum start, kita check dulu condition baby — pastikan sesuai untuk fototerapi — lepas tu set irradiance ikut keadaan dia.

 

Baby usia baru 4 hari ni memang bacaan cenderung naik lagi, so setiap jam under lampu tu berbaloi. Dan yang best, semua ni buat di rumah. Takde warded, takde tinggal baby sorang-sorang.

 

 

HARI DEMI HARI, BACAAN TURUN

 

Rabu, mommy check balik. Turun ke 120. Ok, on track.

 

Jumaat pergi klinik — reading keluar 88. Alhamdulillah, lega.

 

Package yang dia ambil 72 jam. Lepas balik klinik, kita collect lampu. Settle.

 

 

PENGAJARAN DARI CERITA NI

 

Yang best pasal case ni — mommy dia tak panik, tak tunggu-tunggu. Dia dah belajar dari pengalaman, so dia act awal. And that’s exactly how you avoid the prolonged episode.

 

Kalau awak pernah lalui jaundice berpanjangan dengan anak sebelum ni, awak faham betul rasa tu. Tapi kali ni, tak semestinya sama. Bertindak awal boleh ubah keseluruhan cerita.

 

Treat awal, senang hati.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top